Sunday, November 28, 2021

PERPADUAN DI MALAYSIA

 


                              E-FOLIO
        
                                                                
MPU21032

TAJUK :
PERPADUAN DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH : PUAN ROHANI BINTI ABU BAKAR



NAMA AHLI KUMPULAN DAN NO. MATRIX

1) 'AINA INSYIRAH BINTI ALIAS

2) NUR AINA HAZIRAH BINTI ALIAS

3) AHMAD SAIFUDDIN BIN AHMAD NIZAR

4)MUHAMMAD ROSHAM HAIKAL BIN OTHMAN




PENGENALAN

Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan di kalangan mereka.Sejak merdeka lagi,kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita dengan menjalankan pelbagai dasar untuk mencapai proses perpaduan ini.Tanpa perpaduan,kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.  


PENDAHULUAN

Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati.Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak.

    Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja.Pada awal abad ke-19,lebih 90% penduduk di tanah Melayu adalah Melayu.Namun pada pertengahan abad ke-19,penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal tanah Melayu.Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup.pola penempatan,pekerjaan,pendidikan dan keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabian politik

  • Dapat memajukan ekonomi negara 
  • memupuk dan membina masyarakat yang harmoni
  • mewujudkan kestabilan dari segi politik dan ekonomi
  • dapat mengelakkan semangat assobiah







KEPENTINGAN PERPADUAN

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. 

Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit.

Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia.










KEBAIKAN PERPADUAN

-masyarakat hidup bersatu padu
-ekonomi negara semakin maju
-dapat mengekalkan kestabilan politik
-pembangunan yang dirancang dapat mengekalkan kestabilan politik
-menjadikan imej negara semakin baik
-aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan dengan lancar


CARA MEMUPUK PERPADUAN



LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN

I.penggunaan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu
*Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan





 II.Menjaga budi bahasa dan akhlak
* kita mestilah menghormati kepercayaan setiap kaum agar hubungan semakin erat


MEMIMPIN TANGAN ORANG YANG LEBIH TUA UNTUK MELINTAS JALAN


MENGHORMAI ORANG YANG LEBIH TUA .



III.Mengadakan gotong royong untuk semua kaum
*dapat mengukuhkan hubungan antara setiap kaum
*dapat memupuk semangat kerjasama tanpa mengira bangsa


MENGADAKAN GOTONG ROYONG TANPA MENGIRA KAUM



 IV.Kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka perayaan setiap kaum
*interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum 


MAJLIS RUMAH TERBUKA PERAYAAN KAUM MELAYU



MAJLIS RUMAH TERBUKA PERAYAAN DEEPAVALI



MAJLIS RUMAH TERBUKA PERAYAAN KAUM CINA




V.mengadakan aktiviti sukan
*semua kaum menyokong dan memberi semangat untuk atlet-atlet negara tanpa mengira kaum.


MENGADAKAN AKTIVITI SENAMROBIK



BOLA SEPAK WANITA


AKTIVITI TARIK TALI




KESAN MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU

+Masyarakat yang berpecah-belah
+keselamatan dan keamanan negara akan terancam 
+tunjuk perasaaan,perhimpunan dan aktivit yang tidak sihat akan berterusan dan berleluasa
+perbalahan dan pergaduhan antara kaum akan terjadi





CABARAN UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM






LANDSKAP POLITIK NEGARA

- Cabaran pertama adalah dari segi politik negara .Perbezaan parti politik di malaysia yang berasaskan perkauman telah menyukarkan perpaduan kaum . Dunia politik sememangnya penuh dengan kontroversi di mana terdapat pelbagai individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza . Hasilnya , masih terdapat pemimpin yang kurang berfikiran terbuka dengan mengharapkan sentimen perkauman dapat memancing perhatian rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan diri sendiri


JURANG DAN DOMINISASI EKONOMI

- Dominisasi sesebuah kaum dalam sesuatu bidang ekonomi juga telah mewujudkan jurang ekonomi antara perkauman . Cabaran ini telah pun timbul sejak zaman penjajahan British lagi dimana kaum melayu menjadi petani dan nelayan ,  kaum india diletakkan di ladang getah dan kaum cina berkerja sebagai pedagang dan melakukan perlombongan . Setelah kemerdekaan dicapai , berlaku perubahan dimana setiap kaum mendapat peluang pendidikan dan mampu berjaya sekiranya berusaha bersungguh-sungguh


KEWUJUDAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERBEZA

- Cabaran seterusnya adalah dari segi sosial golongan muda dimana sistem pendidikan yang diasingkan mengikut kaum telah wujud dan meninggalkan kesan yang kurang baik . Pengenalan sistem sekolah vernakular yang mengikut kaum telah menjadikan hubungan masyarakat semakin renggang .Mutakhir ini , masih ramai rakyat yang merupakan warganegara Malaysia tidak fasih untuk berutur dalam bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu .


LAMAN SOSIAL DAN MEDIA MASSA

Pengaruh media sosial menjadi ancaman baharu perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini berikutan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakannya untuk menyebarkan cerita tidak benar yang boleh menjejaskan keharmonian. Selain itu , Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata pengguna media sosial perlu berhenti berkongsi cerita yang tidak disahkan kebenarannya kerana ia hanya membuatkan masyarakat berpecah-belah.


PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN 

Antara tindakan yang diambil oleh kerajaan ialah mengadakan kursus bahasa kebangsaan untuk pegawai dan kakitangan awam. Kursus ini mula diadakan pada tahun 1960 di bawah anjuran Bahagian Pelajaran Lanjutan, Kementerian Pelajaran Tanah Melayu (Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain, 1992:124). Ia dijalankan secara teratur dan mempunyai sukatan pelajarannya yang tersendiri. Tujuan utamanya adalah untuk memberi pengetahuan bahasa kebangsaan yang mencukupi kepada pegawai dan kakitangan kerajaan. Ini bagi membolehkan pentadbiran negara dijalankan dalam bahasa kebangsaan. Kelas untuk kursus ini diadakan di sekolah kerajaan pada waktu malam. Sementara itu, guru-guru yang mengajar pula terdiri daripada guru-guru yang mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama atau bahasa kedua.



NILAI-NILAI MURNI YANG PERLU DIAMALKAN UNTUK PERPADUAN KAUM





JOMM !!! KITA TONTON VIDEO DIBAWAH INI:




https://youtu.be/I1204Uz9XBw





KESIMPULAN

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpetual kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia . Tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina.Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. 

 Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan pemangkin utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum untuk mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk teerus maju ke mercu kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran berlaku ke atas kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Secara kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.





RUJUKAN

  1. https://www.scribd.com/doc/99491126/Implikasi-Ketidakwujudan-Perpaduan-Kaum-Dan-Integrasi-Nasional-Di-Malaysia
  2. https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-mengekalkan-perpaduan-kaum.html
  3. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/12/227021/pengaruh-media-sosial-ancaman-baharu-perpaduan-musa
  4. sciencedirectassets.com
  5. https://youtu.be/I1204Uz9XBw











PERPADUAN DI MALAYSIA

                                E-FOLIO                                                                           MPU21032 TAJUK : PERPADUAN...